Kenali Rumah Transit Mualaf Sabah atau RTMS
Rumah Transit Mualaf Sabah atau RTMS adalah pusat pengajian asas Islam fardhu ain dan separa tahfiz di bawah kendalian Persatuan Pendak...

https://ainulmardhiyahcorner.blogspot.com/2018/11/kenali-rumah-transit-mualaf-sabah-atau.html

Rumah Transit Mualaf Sabah atau RTMS adalah pusat pengajian asas Islam fardhu ain dan separa tahfiz di bawah kendalian Persatuan Pendakwah Islam Sabah (PPIS). Pusat ilmu ini terletak di Kg Lohan 2, Ranau, Sabah, Malaysia.
Muslimin muslimat yang kami hormati di mana jua kalian berada. Kami ingin mengajak para muslimin dan muslimat bersama-sama kami dalam usaha kecil memberikan pendidikan Islam kepada para pelajar RTMS yang memerlukan pembiayaan makan minum mereka berkadar RM5 sehari untuk setiap seorang; pemakanan 2 kali sehari iaitu makan pagi merangkap tengahari dan makan petang merangkap malam ( pelajar masak sendiri). Penajaan dan kebersamaan ini penting kerana pihak RTMS tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran kepada para pelajar RTMS.
Hebahan berkaitan perkara ini telahpun kita buat sejak kita mula menerima pelajar, di awal pembukaan RTMS sehinggalah kini dengan tujuan agar masyarakat Islam sama-sama mengambil peduli terhadap kepentingan sistem
Pendidikan Islam dalam kalangan asnaf yang jauh tertinggal. Akhir sekali, untuk mendapatkan berita dan info semasa RTMS silalah berkunjung ke laman utama FB kami di Persatuan Pendakwah Islam Sabah. https://www.facebook.com/pendakwahsabah/
Pelbagai berita dan peristiwa semasa berkaitan RTMS dipaparkan di sini. Begitu, kami sangat perlukan sokongan dan bantuan semua pihak. Sebarang sumbangan boleh terus disalurkan ke mana-mana akaun berikut;
Maybank Persatuan Pendakwah Islam Sabah - 560269002818
Bank Islam - 1001602096785-6
CIMB Rumah Transit Mualaf Sabah - 8602576438
Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi talian berikut; Tel RTMS; 088 - 875431/012-8238229 Tel/WhatsApp; 019-8827449 Terima kasih. JazaakumulLah khairal jazaa'.